Jom follow Kelab Rakan Islah..

kepada semua sahabat anda dialu-alukan untuk menjadi followers Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu...
hanya klik di follow dan ikut langkah seterusnya...
dan kita semua dapat bersama-sama berkongsi maklumat serta idea-idea baru dengan berchatting secara online di ruang Let's talk...


Jom..!!! Tunggu apa lagi...!!

Program Pemantapan Asas Sahsiah Siri 5 2010

Sunday, August 15, 2010

MaHer zAin-InsyaallAh...

KeLebIhan RaMadHan...

1.Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Wednesday, August 4, 2010

Qalbun Nur dalam talian.

Sisipan Qalbun Nur kini boleh dimuat turun oleh pengunjung-pengunjung blog rasmi Kelab Rakan Islah IPG Kampus B.Melayu. Kepada yang mengikuti sisipan Qalbun Nur, pihak kami memohon seribu kemaafan kerana sisipan tersebut tidak dapat dicetak dan diedarkan kepada para pelajar institut berikutan terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, setelah duduk semeja berbincang pihak kami bersepakat untuk meletakkan sisipan Qalbun Nur di sini, untuk dimuat turun sendiri oleh para pengunjung blog. Para pengunjung blog bolehlah memuat turun sisipan Qalbun Nur ini menerusi link yang telah diberikan di bawah :-

  1. Klik di sini. (Qalbun Nur Isu-4)
  2. Selepas paparan laman muncul, klik butang muat turun sekarang.
  3. Qalbun Nur yang selesai dimuat turun berformatkan 'winRAR archive' (.rar), oleh itu tukarkannya dengan klik 'extract to Qalbun Nur Biro Penerbitan KERIS'.
  4. Jika mempunyai masalah muat turun, nyatakan pada kami pada ruangan sembang blog ini.
SELAMAT MEMUAT TURUN.

Sunday, August 1, 2010

Imarahkan Surau Kita

Mimpi semut berbicara

Semut 1 : Mana jemaah malam ni? Sikitnya..

Semut 2 : Tak tahulah, aku pun pelik tengok budak-budak dekat sini.

Semut 1 : Kenapa?

Semut 2 : Tu, asrama dekat. Tapi tidak ada tenaga nak datang surau. Jalan berapa langkah saja pun.

Semut 1 : Hujan dekat luar tu, mungkin sebab tu budak-budak tu tak datang.

Semut 2 : Baguslah kau, memang sentiasa bersangka baik. Tapi hujan tadi, ni dah berhenti hujan. Tengok, ustaz sudah hendak mula kuliah. Sikit sangat jemaah yang datang.

Semut 1 : Betul juga cakap kau, hari Isnin lepas aku tengok berpusu-pusu budak-budak kat sini pergi pasar malam. Meredah renyai-renyai hujan yang turun. Memang banyak tenaga.

Semut 2 : Lapar punya pasal, nak isi perut.

Semut 1 : Oh isi perut ke? Lapar, cari makanan kan.Tapi makanan rohani, tak nak isi?

Semut 2 : Tak tahulah. Dah la, tak perlu jaga tepi kain orang.

Semut 1 : Sebab apa tak boleh jaga tepi kain orang? Sebab kita serangga ke.

Semut 2 : Bukan macam tu, aku selalu dengar manusia cakap kubur masing-masing. Jangan sibuk.

Semut 1
: Memang la kubur lain-lain, tapi nanti nak masuk kubur. Boleh berjalan masuk sendiri? Mandi, kapan, solat, siapa nak buat semua tu. Nak masing-masing ke?

Semut 2
: Betul juga cakap kau. Tak tahulah aku.

Kringgggggg…… Tersentak dia mendengar bunyi penggera telefon bimbitnya. Mimpi rupanya dia. Tapi amat pelik dan ajaib, bermimpikan semut. Dan yang lagi penting, semut-semut yang datang dalam mimpi itu memberikan mesej peringatan kepadanya. Dalam keadaan mamai itu dia bangkit berjalan ke bilik air membasuh muka. Diingatkan dirinya berkali-kali akan kata-kata 2 ekor semut yang hadir dalam mimpinya sebentar tadi, seperti terkena batang hidungnya. Kepalanya menggeleng berkali-kali. Dalam hatinya, dia mula sematkan. Dialah antara orang yang akan duduk di surau mendengar kuliah setiap malam akan datang.



Template by:
Free Blog Templates