Jom follow Kelab Rakan Islah..

kepada semua sahabat anda dialu-alukan untuk menjadi followers Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu...
hanya klik di follow dan ikut langkah seterusnya...
dan kita semua dapat bersama-sama berkongsi maklumat serta idea-idea baru dengan berchatting secara online di ruang Let's talk...


Jom..!!! Tunggu apa lagi...!!

Program Pemantapan Asas Sahsiah Siri 5 2010

Saturday, January 23, 2010

Aktiviti Kelab Rakan Islah (KERIS) Sesi 2009-2011


Majlis Perpisahan Kelab Rakan Surau Sesi 2007-2009 (1 Julai 2009)


Kelab Rakan Islah mula ditubuhkan pada tahun 2007 dengan nama asal  Kelab Rakan Surau. Pada bulan Mei 2009, tamatlah perkhidmatan organisasi Kelab Rakan Surau sesi 2007-2009. Satu majlis diadakan kepada organisasi lama sebagai tanda penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan.



Majlis Perpisahan ini telah dirasmikan oleh mantan Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu, Puan Marinal binti Hussein. Majlis ini turut dihadiri bukan sahaja oleh ahli kelab, malahan pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, warden-warden, wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, wakil Kelab Seni Pengucapan Awam, wakil Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi serta staf sokongan.


Jualan Sempena Pendaftaran Pelajar Baharu (12 Julai 2009)
 


 Sempena pendaftaran pelajar baharu ambilan Julai 2009, Kelab Rakan Islah atau dahulunya Kelab Rakan Surau mengambil inisiatif mengadakan jualan. Di samping dapat menambahkan dana kelab, jualan ini juga dapat melatih atau memberi pengalaman baru kepada ahli kelab tentang cara-cara berniaga.



Jualan ini mendapat sokongan penuh dari semua pihak terutama warga IPG Kampus Bahasa Melayu. Terima kasih semua...


Program Pemantapan Asas Sahsiah (ASAH) Siri 4



Program Pemantapan Asas Sahsiah (ASAH) Siri 4 telah diadakan pada 24 - 26 Julai 2009 yakni setelah dua minggu pelajar baharu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Julai 2009 mendaftarkan diri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyediakan pelajar yang bakal menghadapi alam kampus yang cukup mencabar serta menyediakan bakal guru yang serba boleh.





Program Ihya' Ramadhan 1431 Hijrah

Program Ihya Ramadhan 1431 Hijrah Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu telah dilancarkan pada20 Ogos 2009 oleh Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu di Dewan Za'ba.




Memasak Bubur A' syura (7 Januari 2010)

Pada 7 Januari 2010 yang lalu Kelab Rakan Islah (KERIS) bersama JAPIM telah mengadakan aktiviti memasak Bubur A'syura dan Bubur Lambuk sempena Hari A'syura. Program ini dapat mnegeratkan lagi hubungan seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu serta memberi pengalaman baru kepada semua ahli kelab. 
Program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pentadbiran IPG Kampus Bahasa Melayu serta seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu.


Perhimpunan Bulanan 1 (11 Januari 2010)


Pihak pentadbiran IPG Kampus Bahasa Melayu telah memberikan kepercayaan sepenuhnya Kelab Rakan Islah (KERIS) dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) untuk mengendalikan Perhimpunan Bulanan 1 pada 11 Januari 2010. Perhimpunan ini diadakan sempena Sambutan Ma'al Hijrah 1431H Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu.



Ceramah Perundangan Dalam Islam (28 Januari 2010)

Satu ceramah yang bertajuk Perundangan Dalam Islam telah disampaikan oleh seorang pelajar Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa bertempat di Surau At-Taqwa pada 28 Januari 2010..


Ceramah ini telah dihadiri oleh semua penghuni kolej kediaman yang beragama Islam. Pelbagai input yang kami perolehi berkaitan Perundangan Dalam Islam. 


Seminar Halal dan Haram (17 April 2010)


Atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab akan pentingnya perkara halal dan haram, Kelab Rakan Islam mengambil langkah proaktif menganjurkan Seminar Halal dan Haram pada 17 April 2010 bertempat di Dewan Za'ba. Seminar ini diadakan bermula seawal 7.45 pagi dan berakhir pada pukul 1.15 petang.


Seminar ini telah disampaikan oleh tiga orang penceramah iaitu Dato' Nadzim bin Johan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Encik Johari bin Abdul Latiff, Penolong Pengarah, Bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan wakil dari HPA Industries Sdn. Bhd.


Lawatan ke Masjid Wilayah, Media Prima dan Hijjaz Records (23 Februari 2010)


Pada 23 Februari 2010 bersamaan 09 Rabiulawwal 1431H, Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur telah mengadakan Lawatan ke Masjid Wilayah, Media Prima dan Hijjaz Records.

Lawatan ini bertujuan melatih ahli kelab dalam mengurus sesuatu program seperti aspek perhubungan dan pelbagai lagi. Lawatan ini bermula pada sebelah pagi. Destinasi pertama kami adalah ke Masjid Wilayah yang terletak di Jalan Duta.

 

Template by:
Free Blog Templates