Jom follow Kelab Rakan Islah..

kepada semua sahabat anda dialu-alukan untuk menjadi followers Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu...
hanya klik di follow dan ikut langkah seterusnya...
dan kita semua dapat bersama-sama berkongsi maklumat serta idea-idea baru dengan berchatting secara online di ruang Let's talk...


Jom..!!! Tunggu apa lagi...!!

Program Pemantapan Asas Sahsiah Siri 5 2010

Tuesday, December 14, 2010

gereja di Serbia...



Video ini yang memaparkan sebuah gereja di serbia yang dibina daripada 70,000 tulang umat Islam.. perkongsian paparan ini bertujuan untuk kita mengambil ikhtibar daripada peristiwa lepas. moga tidak mahu lagi berlaku sebegini ke atas mana-mana umat islam...mungkin pembinaannya dilakukan selepas perang bosnia/serbia atau.... Allahualam

Friday, December 10, 2010

Ya Rasulullah... layakkah kami menjadi umatmu?

Sunday, December 5, 2010

Dosa 24 jam di facebook

kritik??

Muktahir ini, muncul suatu golongan yang asyik mengkritik apa sahaja yang dirasakan tidak sekepala dengan mereka. Mereka ini boleh muncul di mana-mana laman sosial seperti facebook, forum-forum malah terdapat juga blog-blog yang tumbuh bagai cendawan atas dasar mengkritik ini. Tidak dapat dipastikan puncanya, barangkali mereka terpengaruh dengan rancangan seumpama Akademi Fantasia, American Idol dan sebagainya. Mereka berfikir sekiranya mereka dapat mengkritik selantang Simon Cowell, mungkinkah mereka akan mendapat lebih perhatian yang diingini?

Apabila mendengar perkataan The Arrivals, apakah yang terlintas di fikiran anda? Pasti terdapat segelintir mengaitkannya dengan teori konspirasi dan mereka terus menolak sementah-mentahnya. Tetapi apabila mendapat majalah tabloid hiburan, adakah mereka lakukan perkara yang sama? Amat malang sekali apabila datangnya satu teori yang digelar konspirasi, segelintir daripada kita menolak terus bagaikan suatu sampah, menghinanya tanpa sebarang penilaian lanjut dan yang paling menyakitkan adalah memBODOHkan orang lain. Entri kali ini ditulis untuk menjawab tulisan “Teori Konspirasi itu bodoh?”, sekaligus mengajak pembaca sekalian sentiasalah bermuhasabah diri masing-masing. Kita acap kali melontarkan pelbagai kritikan-kritikan, namun sedarkah, kritikan-kritikan itu hanyalah membuka pekong kejahilan kita sendiri. Sekarang marilah kita memahami mereka semoleknya…

Taksub dengan pandangan sendiri
Di kalangan mereka yang asyik mengkritik, wujud sifat ketaksuban yang melampau terhadap pandangan sendiri. Mereka ini akan mengkritik pihak yang tidak sepandangan dengan mereka, yakni kelompok yang berlawanan. Mereka akan menentang segala pandangan baru yang bertentangan dengan mereka kerana merasakan pandangan sendiri lebih benar. Mereka tahu, sekiranya maklumat itu diterima, mereka terpaksa mengubah gaya hidup mereka kini yang agak selesa.
Apabila mereka tidak mampu menerima pandangan baru yang lebih benar, maka untuk melindungi maruah, mereka akan menolak segala pandangan baru. Tidak hairanlah mereka mengeluarkan perkataan “bodoh”, “bangang”, “bahlul” dan sebagainya kepada segala mereka yang membawa pandangan yang bertentangan dengan mereka.

Cepat buat penilaian
Antara sikap yang menjengkelkan di kalangan mereka adalah terlalu cepat membuat penilaian. Baru sahaja mendengar khabar entah dari mana, terus mereka membuat kesimpulan konkrit. Bermacam-macam kata-kata menyakitkan dilontar mereka, tetapi apabila ditanya, "apakah mereka sudah menonton video tersebut?" Tergagap-gagap mereka menjawabnya. Ditanya lagi, "mengenai apakah siri The Arrivals ni?" Mereka menjawab “Meramal masa depan!” Sah, mereka memang tak tengok langsung.
Kadang-kadang agak kelakar apabila melihat cara mereka membuat penilaian. Apabila mereka berjumpa seseorang yang dilihat terlampau obses dengan teori konspirasi, yang hanya duduk menunggu ketibaan dajal semata-mata, maka mereka terus mengisytiharkan teori konspirasi sebagai mengarut. Kaedah mereka pakai ini tak ubah seperti pendokong George W. Bush yang mengisytihar Islam sebagai agama pejuang terrorist hanya disebabkan segelintir kecil muslim melibatkan diri dalam jenayah.
Sebab berlakunya perkara sedemikian ini adalah berpunca dari sikap kemalasan mereka; malas membaca, malas mendengar, malas menelaah, malas mengkaji dan lain-lain malas lagi. Dan akibat kemalasan tersebut, mereka membuat keputusan berdasarkan pengetahuan semasa yang ketinggalan itu. Maka apabila terdapat pihak yang berusaha membuat video dengan harapan mereka yang pemalas ini mendapat manfaat, mereka meneruskan keegoaan mereka memperlekehkan usaha tersebut.

Menyempitkan pemikiran
Mereka yang asyik mengkritik ini, sering berkata lebih baik menumpukan perhatian pada ibadat semata-mata. Mereka beranggapan menuntut ilmu hanyalah terhad kepada pengkhususan agama yang hanya boleh didengar melalui penyampaian ustaz-ustaz yang berada di masjid atau surau.
“Baik baca tafsir Quran daripada tengok video tu”
“Sape suruh belajar agama guna internet? Lebih baik pergi masjid dengar kuliah agama!”
Pemikiran sebegini amat menghairankan, seolah-olah menafikan tuntutan ilmu-ilmu yang lain. Pandangan mereka ini seolah-olah ingin berkata kepada profesion-profesion lain seperti doktor, jurutera dan lain-lain supaya meninggalkan kerjaya mereka dan hanya menumpukan perhatian pada ibadat semata-mata.
Adakah mereka tidak mengetahui, dengan zaman moden sebegini, teknologi dapat dimanfaatkan untuk mengembangkan dakwah secara lebih terbuka dan tidak terhad di masjid semata-mata? Youtube dapat dimanfaatkan untuk disebarkan segala video-video yang dirakam semasa kuliah di masjid atau dikupas melalui dokumentari secara lebih mudah difahami orang awam. Barangkali mereka yang mengkritik ini, terasa kejutan budaya? Apakah mereka menafikan kreativiti metod pendakwah-pendakwah lain? Atau hanya ingin mengehadkan urusan dakwah kepada di masjid semata-mata? Sudah tiba masanya mereka membuka minda…

Menghukum lebih daripada beri penyelesaian
Apabila asyik mengkritik, mereka lupa memberi penyelesaian. Bagaimana terlupa sekiranya kritikan mereka pun penuh dengan kecelaruan. Apabila mereka menjumpai sedikit kesilapan, mereka terus menghukum sekeras-kerasnya! Mereka seharusnya sedar setiap apa-apa persembahan dakwah, pasti ada cacat celanya. Hatta, tazkirah-tazkirah yang dilakukan ustaz-ustaz di surau dan masjid pasti ada kesilapan. Tetapi adakah kita ingin mengambil tindakan memulaukan ustaz tersebut? Tentunya tidak. Maka tindakan yang sewajarnya adalah menegur secara berhikmah. Cadangkanlah langkah-langkah mengatasi kecacatan yang ada itu. Tegurlah mereka yang terlampau taksub dengan video-video seumpama ini supaya sentiasa berada di landasan yang betul. Tetapi apa yang dilakukan mereka hanya menilai mereka yang taksub itu dan menjustifikasi mereka yang lain sekali seperti itu juga. Adakah mereka tak pernah mendengar peribahasa “kerana nila setitik rosak sebelanga”? Anda fikirkanlah...

Pesanan buat mereka yang asyik mengkritik ini, anda mungkin cukup hebat, sentiasa beribadat tidak kira siang dan malam. Tetapi sentiasa ingatlah, tidak semua orang hebat seperti anda dan tidak semua orang dapat berfikir seperti anda. Maka tidak perlulah kondem sesiapa dan janganlah menafikan hak mereka untuk berterusan mencari-cari hidayah milik Allah. Kita bimbang jika budaya mengkritik membabi buta ini berlaku secara berterusan akan menyebabkan orang awam akan berasa takut untuk mendekatkan diri dengan dakwah, ini sekaligus membantutkan perkembangan usaha dakwah itu sendiri. Akhir kata, ambillah jalan pertengahan (wasatiyyah), tidak perlulah terlampau menolak dan terlampau obses. Sekian…

Saturday, December 4, 2010

Di sini bermulanya zina....

Template by:
Free Blog Templates