Jom follow Kelab Rakan Islah..

kepada semua sahabat anda dialu-alukan untuk menjadi followers Kelab Rakan Islah IPG Kampus Bahasa Melayu...
hanya klik di follow dan ikut langkah seterusnya...
dan kita semua dapat bersama-sama berkongsi maklumat serta idea-idea baru dengan berchatting secara online di ruang Let's talk...


Jom..!!! Tunggu apa lagi...!!

Program Pemantapan Asas Sahsiah Siri 5 2010

Wednesday, August 4, 2010

Qalbun Nur dalam talian.

Sisipan Qalbun Nur kini boleh dimuat turun oleh pengunjung-pengunjung blog rasmi Kelab Rakan Islah IPG Kampus B.Melayu. Kepada yang mengikuti sisipan Qalbun Nur, pihak kami memohon seribu kemaafan kerana sisipan tersebut tidak dapat dicetak dan diedarkan kepada para pelajar institut berikutan terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, setelah duduk semeja berbincang pihak kami bersepakat untuk meletakkan sisipan Qalbun Nur di sini, untuk dimuat turun sendiri oleh para pengunjung blog. Para pengunjung blog bolehlah memuat turun sisipan Qalbun Nur ini menerusi link yang telah diberikan di bawah :-

  1. Klik di sini. (Qalbun Nur Isu-4)
  2. Selepas paparan laman muncul, klik butang muat turun sekarang.
  3. Qalbun Nur yang selesai dimuat turun berformatkan 'winRAR archive' (.rar), oleh itu tukarkannya dengan klik 'extract to Qalbun Nur Biro Penerbitan KERIS'.
  4. Jika mempunyai masalah muat turun, nyatakan pada kami pada ruangan sembang blog ini.
SELAMAT MEMUAT TURUN.

Sunday, August 1, 2010

Imarahkan Surau Kita

Mimpi semut berbicara

Semut 1 : Mana jemaah malam ni? Sikitnya..

Semut 2 : Tak tahulah, aku pun pelik tengok budak-budak dekat sini.

Semut 1 : Kenapa?

Semut 2 : Tu, asrama dekat. Tapi tidak ada tenaga nak datang surau. Jalan berapa langkah saja pun.

Semut 1 : Hujan dekat luar tu, mungkin sebab tu budak-budak tu tak datang.

Semut 2 : Baguslah kau, memang sentiasa bersangka baik. Tapi hujan tadi, ni dah berhenti hujan. Tengok, ustaz sudah hendak mula kuliah. Sikit sangat jemaah yang datang.

Semut 1 : Betul juga cakap kau, hari Isnin lepas aku tengok berpusu-pusu budak-budak kat sini pergi pasar malam. Meredah renyai-renyai hujan yang turun. Memang banyak tenaga.

Semut 2 : Lapar punya pasal, nak isi perut.

Semut 1 : Oh isi perut ke? Lapar, cari makanan kan.Tapi makanan rohani, tak nak isi?

Semut 2 : Tak tahulah. Dah la, tak perlu jaga tepi kain orang.

Semut 1 : Sebab apa tak boleh jaga tepi kain orang? Sebab kita serangga ke.

Semut 2 : Bukan macam tu, aku selalu dengar manusia cakap kubur masing-masing. Jangan sibuk.

Semut 1
: Memang la kubur lain-lain, tapi nanti nak masuk kubur. Boleh berjalan masuk sendiri? Mandi, kapan, solat, siapa nak buat semua tu. Nak masing-masing ke?

Semut 2
: Betul juga cakap kau. Tak tahulah aku.

Kringgggggg…… Tersentak dia mendengar bunyi penggera telefon bimbitnya. Mimpi rupanya dia. Tapi amat pelik dan ajaib, bermimpikan semut. Dan yang lagi penting, semut-semut yang datang dalam mimpi itu memberikan mesej peringatan kepadanya. Dalam keadaan mamai itu dia bangkit berjalan ke bilik air membasuh muka. Diingatkan dirinya berkali-kali akan kata-kata 2 ekor semut yang hadir dalam mimpinya sebentar tadi, seperti terkena batang hidungnya. Kepalanya menggeleng berkali-kali. Dalam hatinya, dia mula sematkan. Dialah antara orang yang akan duduk di surau mendengar kuliah setiap malam akan datang.



Sunday, April 25, 2010

Panggilan At-Taqwa...



Pendapat yang sahih berkenaan hukum sembahyang berjemaah (kecuali sembahyang Jumaat) adalah fardu kifayah. Oleh itu kefarduan tersebut tidak akan terlepas daripada penduduk sesebuah pekan (Ahlul Baldah) melainkan setelah ia didirikan dengan jelas. Sekiranya ia tidak didikan sama sekali atau didirikan dalam keadaan bersembunyi, maka semua penduduk tersebut berdosa dan pemerintah wajib memerangi mereka.
Dalil ia disyariatkan ialah Firman Allah Taala yang bermaksud ::
Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (dari kalangan sahabatmu ) lalu kamu hendak mendirikan sembahyang bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (sembahyang) bersamamu.
Ayat ini adalah ayat yang berkenaan dengan sembahyang dalam keadaan takut. Sekiranya terdapat perintah supaya sembahyang secara berjemaah walaupun dalam keadaan takut maka melakukannya dalam keadaan aman adalah lebih aula (utama).
Kaum wanita tidak digalakkan solat berjemaah di masjid dan lebih digalakkan solat berjemaah di rumah. Walau bagaimanapun mereka boleh pergi ke masjid untuk sama-sama mengerjakan solat berjemaah, namun mestilah mematuhi beberapa syarat, seperti dilarang memakai perhiasan dan bauan. Hal ini demikian keran dikhuatiri akan berlaku fitnah yang membawa seseorang kepada keburukan sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Janganlah kamu larang wanita –wanita itu pergi ke masjid tetapi dirumah adalah lebih baik bagi mereka. ( Riwayat Ibn Umar)
Wahai sahabat sekalian...
Dengar ja azan jom la ke surau...
Yang leka main futsal bersyukurla masih dapat dengar azan...
Yang ghairah berdating bersyukurla masih dapat dengar azan...
Yang lali dibungkus selimut bersyukurla masih dapat dengar azan...
Yang lalai ber 'FACEBOOK' bersyukurla masih dapat dengar azan... 

Monday, February 1, 2010

KOngsi RAya - KEharamannya JElas...


Kongsi raya menurut perspektif masyarakat Malaysia bermaksud menyambut perayaan tahunan agama dan kaum di Malaysia secara bersama-sama. Ianya diamalkan sejak beberapa tahun yang lalu. Di sebabkan sambutan perayaan agama dan kaum di Malaysia seringkali bertembung, maka, suatu keputusan telah diambil untuk menggabungkan sambutan perayaan yang seringkali bertembung itu. Ia kemudiannya telah diterimapakai di peringkat badan-badan berkanun dan agensi kerajaan.
Sejak ia mula diadakan, tidak ada pihak yang tampil ke hadapan untuk menjelaskan kedudukan sambutan kongsi raya menurut hukum syara’. Sehinggalah pada 22hb Oktober 2004, Jabatan Mufti Negeri Perak mengeluarkan fatwa bahawa hukum mencampuradukkan perayaan Islam dengan perayaan kafir adalah haram. (http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.h).

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini kembali mengulangi pendiriannya tentang isu tersebut di dalam akhbar The Star bertarikh 14 Jun 2006. Datuk Seri Harussani juga meluahkan kebimbangannya tentang ancaman Pluralisme yang ada hubungkait dengan sambutan kongsi raya tersebut.

Pandangan Daruk Seri Harussani itu telah mendapat reaksi daripada Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat, JUST, Dr Chandra Muzaffar. Di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19hb Jun 2006, Dr Chandra Muzaffar meminta Datuk Seri Mufti untuk menjelaskan konsep Pluralisme manakah yang dimaksudkan oleh Mufti Perak itu. Ini adalah kerana, Dr Chandra menerangkan bahawa terdapat beberapa maksud di dalam pembahasan Pluralisme.

Sebagai salah seorang ahli intelektual, Dr Chandra seharusnya sudah boleh memahami, konsep Pluralisme manakah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Harussani itu. Adakah Dr Chandra keliru?. Timbul pula persoalan bagaimana seorang ahli intelektual seperti Dr Chandra boleh keliru memandangkan huraian isu tersebut telah dijelaskan di dalam akhbar berbahasa Inggeris yang terkenal di Malaysia iaitu The Star.
 
 Kongsi Raya Menurut Perspektif Syara'

Perbuatan meraikan perayaan kaum-kaum kafir samada perayaan yang disambut oleh golongan Nasrani, Yahudi ataupun Musyrikin , adalah sangat jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. " (TMQ. at-Taubah[9]:33)

Di dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkanNya terhadap semua agama.Dan cukuplah Allah sebagai saksi." (TMQ.al- Fath[48]:28).

Tafsiran kedua-dua ayat di atas dengan jelas menerangkan bahawa orang-orang kafir kesemuanya akan dimasukkan ke dalam neraka bersama penguasa mereka sebagaimana yang dikuatkan oleh Hadis Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya akan terbukalah bagimu ( kaum muslimin) bahawa bumi Allah dari timur sampai ke barat. Dan bahawa para penguasanya akan masuk neraka semuanya kecuali yang bertakwa dan melaksanakan amanat di antara mereka.” [HR Ahmad] - Tafsir Ibn Kathir.

Jadi, untuk apa kita menyambut perayaan kemenangan agama lain sedangkan mereka kesemuanya akan dihumban ke dalam neraka? Justeru, perbuatan untuk duduk bersama-sama di dalam majlis sambutan perayaan orang-orang kafir seolah-olah kita membenarkan kemenangan agama mereka. Padahal, Islam diutus untuk dimenang dan ditinggikan atas semua agama yang ada.

Kerapkali juga kita dapat lihat menerusi kaca-kaca TV, bagaimana sebahagian kaum muslimin yang berpakaian menyerupai kaum-kaum lain ketika menghadiri sambutan kongsi raya. Justeru itu, perbuatan tersebut termasuk di dalam apa yang dikatakan sebagai "tasyabbuh bil kuffar", yang bermaksud menyerupakan orang kafir. Suatu perbuatan yang mana sangat jelas bertentangan dengan aqidah Islam yang kita anuti. Islam melarang umatnya daripada meniru dan menyerupai perbuatan-perbuatan orang kafir. Larangan telah dinyatakan dengan tegas oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya :

"Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir,maka dia dikalangan mereka( orang-orang kafir)." (HR. Abu Daud,Al-Baihaqi,Ibnu Majah,Ahmad dan Ad-Daruquthni)

Terdapat suatu kisah yang melibatkan Abdullah Bin Salam. Beliau dan beberapa sahabat mereka yang lain pernah suatu ketika meminta kepada Rasulullah SAW agar mengizinkan mereka meraikan atau mengagungkan Hari Kebesaran orang-orang Yahudi iaitu Hari Sabtu, di samping membenci daging dan susu unta. Setelah Rasulullah SAW mendengar permintaan tersebut, maka Rasulullah saw terus menegur dan memberi peringatan kepada mereka.

Daripada huraian di atas, menyambut perayaan kaum atau agama lain itu termasuk di dalam perbuatan yang dicela oleh Islam. Ini adalah kerana ia boleh merosakkan aqidah seseorang muslim. Apapun, kongsi raya juga merupakan salah satu perbuatan yang dianggap sebagai redha terhadap agama dan kepercayaan mereka,di samping secara tidak sedar mereka telah mengiktiraf dan mengakui wujudnya agama selain daripada Islam. Inilah yang dikatakan bahaya ancaman idea Pluralisme yang menganggap bahawa semua agama adalah sama. Tidak ada bezanya antara Islam dan juga agama-agama yang lain. Bertunjang daripada idea Pluralisme inilah, maka berbagai kelompok-kelompok Islam yang telah diracuni oleh pemikiran kufur dan telah membolehkan sambutan kongsi raya di adakah di Malaysia ini dengan alasan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Inilah akibatnya,jika umat Islam tidak dipandu oleh aqidah Islam yang benar. Mereka juga tidak menjadikan halal-haram sebagai kayu ukur di dalam melakukan sesuatu perbuatan (miqyasul 'amal).Mereka lebih cenderung untuk bersandarkan kepada manfaat, untung-rugi ataupun maslahat tanpa merujuk kepada ketetapan syara'. Salah satu kaedah syara yang mashyur bermaksud : " Asal tiap-tiap perbuatan terikat dengan hukum-hukum syara'."(Al-Ashlu Fi Al-Af'al At-Taqayyudu Bi Ahkam Asy-Syar'ie). Jadi, semua perbuatan kita adalah terikat dengan hukum syara'. Maka, pada dasarnya adalah wajib bagi setiap muslimin untuk mengetahui setiap hukum syara' yang berkaitan dengan amal kehidupannya sehari-hari. Setiap perbuatan yang tidak didasarkan kepada aturan Allah SWT dikhuatiri akan menyebabkan kita terjerumus ke dalam kebinasaan dan kerosakkan.

Justeru, sekiranya telah jelas sesuatu keharaman itu , ia tidak perlulah dilakukan sebarang kajian lagi. Jadi, mengapakan masih ada gesaan daripada pihak dan pertubuhan tertentu agar dilakukan kajian semula tentang konsep sambutan kongsi raya tersebut. Adakah untuk diubah agar bersesuaian dengan Islam? Sesungguhnya, jika terdapat sebarang usaha untuk mengolah semula konsep sambutan tersebut, ia juga dianggap telah terkeluar daripada ajaran Islam. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas,dan diantara kedua-kedua itu ada perkara-perkara yang syubhat( samar),maka barangsiapa yang telah mejauhi perkara syubhat tersebut bererti dia telah menjaga agamanya." (HR. Al-Bukhari).

Begitu juga sabdanya lagi yang bermaksud :

"Yang halal itu ialah apa-apa yang telah dihalalkan oleh Allah swt di dalam kitabnya,dan yang haram itu ialah apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT di dalam kitabnya. "

Kedua-kedua hadis tersebut telah menjelaskan kepada kita bahawa yang halal dan haram itu adalah jelas. Maka janganlah kita mencampur-adukkan yang hak dan batil semata-mata kerana tujuan kemaslahatan. Hakikatnya, kemaslahatan itu bukannya ditentukan oleh manusia, sebaliknya ia ditentukan oleh Allah SWT sebagai Pencipta kita. Ingatlah, ketika mana adanya penerapan hukum syari'at, pasti akan ada kemaslahatan. Ini bertepatan dengan kaedah syara' yang bermaksud :

"Di mana ada penerapan dan perlaksanaan hukum Islam,maka pasti akan ada kemaslahatan. "(Haisuma Yakunu Asy-Syar'u Takunu A-Mashlahah).

Sekiranya,tidak ada penerapan dan perlaksanaan hukum Islam, maka sudah tentu kemaslahatan itu tidak akan wujud.

Template by:
Free Blog Templates